“saya harap nenek akan terima saya semula”. Tiada Kasih Sayang Keluarga Sejak Bayi, Dah Besar Gadis Ini Terpaksa ‘Tinggalkan’ Nenek Pula Kerana Nak Peluk Islam

“saya harap nenek akan terima saya semula”. Tiada Kasih Sayang Keluarga Sejak Bayi, Dah Besar Gadis Ini Terpaksa ‘Tinggalkan’ Nenek Pula Kerana Nak Peluk Islam

Bukan mudah perjalanan hijrah gadis ini. Terpaksa ‘berpisah’ dengan keluarga, namun itulah pengorbanan terbesar yang dilakukannya selepas nekad memilih untuk memeluk Islam. Gadis ini turut berkongsi secara ringkas kisah hidupnya sebagai seorang saudara baharu (mualaf) menerusi beberapa video di aplikasi TikTok, yang mana setiap satunya meraih lebih daripada 170,000 jumlah tontonan.

Menurut Nur Adelia Aliah Lai, dia dilahirkan dalam sebuah keluarga Cina yang menganut agama Kr!sti4n, namun dibesarkan oleh sebuah keluarga Melayu selepas kedua ibu bapanya berpis4h ketika dia masih bayi. “Nenek tak dapat jaga saya ketika itu, mungkin kerana faktor usianya yang sudah tua. Saya diserahkan kepada sebuah keluarga angkat beragama Islam dari bayi hingga berusia 10 tahun.

“Disebabkan itu saya memang selesa kerana dah terbiasa dengan cara hidup Islam. Tapi masa tu manalah tahu bab-bab agama ni sebab masih kecil. Selepas 10 tahun, nenek ambil alih jaga saya semula sebab nampak saya cenderung ke arah Islam. Namun ketika saya berusia 19 tahun iaitu pada 2019, saya beritahu nenek mengenai hasrat untuk berhijrah.

“Dipendekkan cerita, nenek men3nt4ng hasrat saya dan dari situlah, saya terpaksa mengubah haluan dan akhirnya memilih hidup bersendirian sehingga sekarang,” cerita gadis yang senang disapa sebagai Aliah ini.

Aliah memeluk Islam pada Jun tahun lalu.

Menurut gadis berusia 21 tahun yang berasal dari Klang, Selangor ini, walaupun sedih dengan nasib diri namun dia bersyukur kerana dikelilingi insan yang berhati mulia. “Ketika saya tiada tempat berteduh selepas keluar dari rumah nenek, seorang rakan sekerja saya sudi menumpangkan saya buat sementara waktu.

“Dialah yang banyak bantu dan saya takkan lupakan jasanya sampai bila-bila. Selain itu, keluarga angkat yang menetap di Kundang juga ambil berat mengenai diri saya. Dalam tempoh setahun, saya cuba stabilkan hidup sendiri… cari kerja, cari rumah. Bila dah betul-betul stabil, akhirnya pada tanggal 2 Jun 2020 saya lafaz dua kalimah syahadah.

CONVERT BARU 1

Aliah (kanan) bersama rakan yang banyak membantunya, Nur Syamimie.

“Bukan mudah tapi Alhamdulillah… walaupun selepas apa yang dilalui sebelum ini, namun cita-cita saya tercapai jua,” ujarnya yang merupakan anak tunggal.

Aliah berkata dia kini tinggal bersendirian di Damansara Damai dan melakukan dua pekerjaan untuk menyara kehidupan.

“Pulang dari kerja sebagai seorang staf sebuah syarikat di Kota Damansara, saya akan bekerja sebagai penghantar makanan pula dari petang hingga malam.Begitulah rutin harian saya. Saya bekerja keras kerana bercita-cita mahu  miliki sebuah rumah yang selesa, nak beli kereta dan akhirnya nak cari nenek semula.

Nenek menent@ng hasrat saya dan dari situlah, saya terpaksa mengubah haluan dan akhirnya memilih hidup bersendirian sehingga sekarang.

“Sejak terpaksa keluar dari rumah nenek, saya terpu tus hubungan dengannya dan keluarga. Saya tak henti-henti berdoa agar nenek dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik kerana saya nak jaga dia… nak cuba bimb!ng dia kelak,” katanya.

Sekadar membuat perkongsian mengenai secebis kisah hidupnya di TikTok, Aliah meluahkan rasa terharu kerana menerima komen positif netizen yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya. “Selain kawan-kawan dan keluarga angkat, komen-komen positif netizen sedikit sebanyak mengubati kesedihan dan menjadi penguat semangat saya.

CONVERT BARU 3

Aliah (belakang, dua dari kanan) bersama keluarga angkat yang memeliharanya selama 10 tahun.

“Saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana mendoakan perjalanan hijrah saya.

“Apa yang saya harapkan, orang bukan Islam jangan salah faham antara Melayu dan Islam. Selalu ada tanggapan kepada orang macam saya dan kata pilih agama Melayu… Melayu hanya kaum, sedangkan Islam itu agama yang sangat mudah.

“Akhir sekali, saya harap nenek akan terima saya semula. Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain bersatu semula dengan nenek,” katanya lagi.

Sumber: Majalah harian

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Jangan lupa like page kami di facebook juga sembang viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*