Ditemui Manuskrip Al-Quran Berusia 1,370 Tahun. Ditulis Atas Kul!t K4mbing

Ditemui Manuskrip Al-Quran Berusia 1,370 Tahun. Ditulis Atas Kul!t K4mbing

Manuskrip Al-Quran tertua, dipercayai berusia 1,370 tahun, ditemui di Universiti Birmingham, England. Manuskrip tersebut sebelum ini berada di perpustakaan universiti itu, namun tiada pihak yang berjaya mengenal pasti jenis tulisan di atas muka suratnya.

Ia disimpan bersama koleksi buku dan dokumen lain dari Asia Barat. Manuskrip itu dikenal pasti Al-Quran selepas seorang penyelidik kedoktoran, Alba Fedeli meneliti muka surat yang terdapat di dalamnya, lapor BBC. Fedeli kemudian memutuskan untuk menjalankan ujian radiokarbon.

Hasil ujian dijalankan unit radiokarbon Universiti Oxford kemudian mendapati manuskrip yang ditulis atas kulit kambing atau biri-biri itu sebagai Al-Quran tertua. Ujian juga menunjukkan 95 peratus kulit yang digunakan tersebut berasal dari antara tahun 568 dan 645 Masehi. Manuskrip tersebut mengandungi sebahagian surah Al-Quran dari juzuk 18 hingga 20.

Sumber: astro awani

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Jangan lupa like page kami di facebook juga sembang viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*