Warga emas 76 tahun ditemui selamat selepas dilaporkan hilang 7 hari lalu

Warga emas 76 tahun ditemui selamat selepas dilaporkan hilang 7 hari lalu

Yaacob Ismail, 76 tahun, yang dilaporkan hilang pada 19 Mei lepas selepas keluar berkebun di sebuah dusun durian dan buah-buahan miliknya di Kampung Pasir Dusun ditemui sekitar jam 7.15 malam tadi. – Foto ihsan JBPM

JELI: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang pada Khamis lepas, ditemui dalam keadaan selamat hari ini.
Yaacob Ismail, 76 tahun, yang dilaporkan hilang pada 19 Mei lepas selepas keluar berkebun di sebuah dusun durian dan buah-buahan miliknya di Kampung Pasir Dusun di sini ditemui sekitar jam 7.15 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim memaklumkan m4ngsa ditemui dalam kawasan ladang kelapa sawit, kira kira 7 kilometer dari kawasan kebunnya.

“Ketika ditemui, mangsa sedang melambai-lambai dan memanggil kumpulan pencari. Mangsa berada dalam keadaan selamat, tidak mengalami kecederaan dan boleh berjalan,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.

“Ketika ditemui, Yaacob turut memaklumkan beliau melihat pasukan pencari dan orang kampung yang melalui kawasan ladang sawit dan hutan berhampiran, namun orang kampung dan pasukan mencari tidak melihatnya walaupun dia memanggil-manggil,” katanya lagi.

Mohd Adni berkata, mangsa menjelaskan sepanjang tujuh hari berada di dalam hutan, beliau hanya minum air sungai untuk terus bertahan dari dihadrasi. Sejurus ditemui, mangsa terus dibawa ke Hospital Jeli untuk menerima rawatan dan pemeriksaan.

Sebelum ini, Yaacob disedari hilang oleh anak lelakinya, Mohd. Sufian, 49, selepas mendapati mangsa tiada di kebun seluas 4.8 hektar itu meskipun kenderaan pacuan empat roda jenis Daihatsu Feroza dipandunya berada di kawasan tersebut. Selepas menerima laporan, hampir 100 anggota termasuk dari jabatan Bomba dan Penyelamat Jeli, Polis, Rela, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang kampung melakukan pencarian.

Sumber: astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*