Kej4dian PeIik Burung Asyik Kervmun Pvsara Bapa Akhirnya Terj4wab

Kej4dian PeIik Burung Asyik Kervmun Pvsara Bapa Akhirnya Terj4wab

SEORANG anak digemparkan dengan sekumpulan burung merpati yang berada di sekitar ku.bur bapanya setiap hari. Siapa sangka semasa hayat, arwah bapanya sering memberi makanan kepada burung-burung setiap kali menjejakkan kaki ke tanah perku.buran.

Siti Farzana Syaiffulhisham berkata, bapanya Syaiffulhisham Abdillah yang menghidap k4nser usus besar (kolon) meningg4l dunia pada usia 54 tahun, 2 Syawal lalu. Gadis berusia 22 tahun itu memberitahu, bapanya dulu sering ke Tanah Perkuburan Islam Semariang di Kuching, Sarawak untuk melawat pusara datuknya (bapa arwah).

“Ayah cukup rapat dengan atuk. Hampir setiap Jumaat, ayah tak pernah miss ziarah ku.bur atuk. Biasanya kami akan temankan ayah.

“Setiap kali datang ke ku.bur juga, ayah akan bawa ambuk ayam iaitu sejenis makanan untuk diberikan kepada burung-burung di sekitar ku.bur,” , sambil menambah datuknya meningg4l dunia pada usia 78 tahun kerana peny4kit paru-paru berlubang.

Lebih mesra disapa Zanna, katanya, banyak burung merpati berterbangan di kawasan sekitar, namun jumlahnya bertambah selepas bapanya meningg4l dunia.

“Saya hairan kenapa semakin banyak burung selepas ayah meningg4l dunia, dan kebanyakannya berada di sekitar ku.bur ayah.

“Bila tengok keadaan tu, tak tahu nak kata apa. Saya terharu dan rasa nak menangis. Teringat bila ayah nak bagi makanan kat burung, rasa sedih,” ujarnya yang berasal dari Kuching.

Zana menyambung rutin arwah bapanya memberi makanan kepada burung-burung, gambar sebelah kanan Sekumpulan burung di sekitar ku.bur bapa Zanna.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, mereka sekeluarga dikejutkan dengan satu berita yang diketahui hanya selepas bapanya meningg4l dunia.

“Penjaga ku.bur kata ayah hari-hari ziarah ku.bur atuk bersendirian selepas habis kerja. Ayah tak lupa bagi makanan kat burung-burung.

“Kami terkejut… ingatkan ayah datang setiap Jumaat je, rupa-rupanya ayah datang dan ziarah ku.bur hampir setiap hari,” katanya sambil menambah bapanya merupakan pekerja kuari.

Zanna berkata, dia dan keluarganya kini menyambung rutin bapanya dengan memberikan makanan kepada burung-burung di ku.bur.

“Kami menyambung apa yang pernah dilakukan ayah semasa hayatnya. Pada masa sama, kami juga ziarah ku.bur ayah dan ku.bur atuk,” tambahnya.

Kenangan… Zanna (belakang, kanan) bersama keluarga.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor itu turut menyifatkan bapanya sebagai peramah, baik hati, penyayang dan pembersih serta rajin mengemas rumah.

“Ayah pernah berpesan supaya sentiasa berbuat baik dengan orang, memaafkan orang walaupun orang tu buat j4hat kat kita,” kata Zanna.

Sedekah Ub4t Kepada Peny4kit

Sedekah ini juga merupakan ubat kepada peny4kit (asbab);

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Ubatilah orang yang s4kit di antara kalian dengan sedekah”. (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahihul Jami’).

Yang seelok-eloknya, kita amalkan amalan bersedekah SEBELUM kita s4kit dan janganlah HANYA bersedekah setelah jatuh s4kit sahaja.

Takut-takut kita bersedekah dengan TIDAK IKHLAS, dengan niat hanya kerana ingin sembuh dari peny4kit sahaja. Lepas sembuh, dah tak bersedekah =)

Mudah-mudahan juga burung-burung ini sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau dan semoga beliau juga terus dimurahkan rezeki. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta orang bersedekah” ~ wallahu a`lam

Sumber: https://myteamnetwork.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*