(Video) Kejut Anak Banyak Kali Tak Bangun2, Ibu Gajah P4nik Sampai ‘Panggil’ Penjaga Zoo

(Video) Kejut Anak Banyak Kali Tak Bangun2, Ibu Gajah P4nik Sampai ‘Panggil’ Penjaga Zoo

Ibu mana yang tak sayangkan anak. Setiap yang bergelar ibu, baik makhluk apa sekali pun mesti ada sifat peduli akan anak masing-masing. Begitu juga dengan ibu gajah di Zoo Prague ini. Melalui sebuah klip video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, kelihatan seekor ibu gajah mendekati anaknya yang sedang terbaring seolah-olah tidak sedarkan diri.

Ibu gajah berkenaan kemudiannya mencuit-cuit si anak menggunakan belalainya. Namun begitu, anaknya masih kelihatan terbaring dan tidak menampakkan tanda-tanda untuk bangun. Mungkin panik dan menyangka sesuatu yang bu/ruk terjadi kepada anaknya, ibu gajah ini terus ‘memanggil’ penjaga zoo untuk membantu mengejutkan anaknya.

Seorang lelaki dipercayai penjaga zoo di situ datang mendekati anak gajah tersebut sambil menggerak-gerakkan badannya beberapa kali. Tak lama kemudian, anak gajah itu terus bangun dan meluru ke arah ibunya. Boleh pulak anak gajah ni buat ‘prank‘ dekat mak dia ya. Korang macam mana pulak kalau mak kejut bangun tidur? Ada jugak ke yang ‘tidur ma.ti’ macam ni?

Sumber: Twitter via majalah harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*