“Boyfriend” Panik, Tengah Bincang Nak Bertunang Secara Tiba-Tiba Datang Satu Lagi Rombongan Lain Secara Mengejut Merisik Kekasih Hati

“Boyfriend” Panik, Tengah Bincang Nak Bertunang Secara Tiba-Tiba Datang Satu Lagi Rombongan Lain Secara Mengejut Merisik Kekasih Hati

Setiap pasangan yang bercinta pastinya mengimpikan hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin. Tidak dinafikan, ramai yang menggunakan peluang pada bulan Syawal ini untuk mengadakan majlis pertunangan atau perkahwinan.

Namun, jarang berlaku situasi di mana seorang gadis menerima kunjungan daripada dua pihak untuk melamarnya pada hari yang sama. Inilah yang terjadi pada seorang gadis yang dikenali sebagai Fatin, apabila dia dan keluarganya dikejutkan dengan kehadiran rombongan daripada satu lagi keluarga pihak lelaki secara tiba-tiba pada Syawal ke 2.

Keadaan ‘panik’ apabila ada orang lain cuba masuk ‘line’

Difahamkan, ketika dia dan keluarganya berbincang dengan teman lelakinya, Faiz tentang perancangan untuk majlis pertunangan, secara tiba-tiba datang satu lagi rombongan lain secara mengejut. Kata Fatin, kedatangan rombongan tersebut membuatkan orang di dalam rumah panik lebih-lebih lagi kekasihnya yang cuak apabila ada orang yang cuba ‘potong line’ teman wanitanya.

“Saya dah lama berbincang dengan teman lelaki suruh dia datang rumah supaya boleh kenal-kenal dengan mama dan abah lebih rapat. Inilah masanya untuk berbincang tentang hasratnya untuk meminang saya nanti,” jelasnya pada SK semasa menghubunginya.

orang lain datang merisik

Ketika sedang berborak muncul keluarga lain iaitu saudara jauh sebelah ibunya yang ingin menunaikan hasrat merisik gadis ini untuk cucunya.

Apa tindakan gadis ini apabila berdepan dengan situasi tersebut?

Menurut gadis yang berasal dari Kelantan ini, dia memilih teman lelakinya yang sedang berjuang untuk menghalalkan hubungan mereka. Dia dan keluarganya terpaksa menolak lamaran rombongan saudaranya dengan baik. Malah, ayahnya jiga terpaksa ‘slow talk’ dengan satu lagi rombongan merisik tersebut bagi meredakan situasi seketika.

TONTON VIDEO

Tambahnya lagi, salah seorang dalam ahli keuarganya terpaksa ‘menggantikan’ tempatnya menerima lamaran saudaranya itu bagi menenangkan keadaan dan rombongan tersebut akhirnya bersurai.

Sumber: Fatin VIA SIAKAPKELI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*